Kelas E-learning (Logo Maker)

27 Oktober 2020 | Aktiviti Terkini

Pada Isnin – 26 Oktober 2020, Pusat Internet Lubok Antu telah mengadakan Kelas e-Learning yang bermula pada jam 2.30 petang hingga 3.00 petang. Kelas yang diadakan ini bertempat di bilik latihan Pusat Internet Lubok Antu dan dihadiri oleh 2 orang pelajar sekolah rendah dan menengah Lubok Antu.

Dalam kelas ini peserta telah didedahkan dengan cara menggunakan aplikasi atau laman web yang terdapat pada google yang bermanfaat untuk membantu memudahkan pekerjaan mahupun tugasan. Peserta telah di arahkan untuk menghasilkan sebuah logo. Selain itu, peserta juga telah dibimbing dengan cara memanfaatkan laman Logo Maker untuk menghasilkan logo yang dikehendaki. Peserta juga berpeluang untuk mengeksplorasi fungsi-fungsi setiap butang yang terdapat pada laman Logo Maker.

Setelah itu, peserta juga telah di bimbing cara memuat turun logo yang telah dihasilkan. Sebagai aktiviti tambahan, peserta telah diberikan ceramah ringkas dan tayangan video Klik Dengan Bijak iaitu Cyber Grooming.

Berikut merupakan butiran aktiviti pada hari tersebut:
1. Ceramah dan Tayangan Video KDB (Cyber Grooming)
2. Pengenalan kepada Logo Maker
3. Latihan menggunakan Logo Maker
4. Bersurai

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali